Friday, 28 December 2018

KPS3014 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Hubungan Sekolah dan  Masyarakat

  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
  • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah            


Faktor luaran dan dalaman sekolah

  • Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
  • Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. 
  • Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. 
  • Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. 
  • Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.  
  • Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.

Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah

  • Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
  • Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
  • Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
  • Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. 


Perkongsian Pintar

  • Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:

  • mencapai matlamat atau objektif yang sama 

  • perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

  • gabungan strategik yang membawa faedah 

          sinergi kepada semua pihak yang terlibat 
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.

Matlamat Perkongsian

a.Sekolah sebagai sebuah institusi sosial 
     tidak wujud bersendirian. 

b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)

c. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 :
“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 :
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".

Kepentingan Perkongsian
  • Masyarakat dan Sekolah: Saling 
          memerlukan
  • Sekolah sebagai agen perubahan 
          masyarakat 
  • Masalah masyarakat merupakan masalah 
         sekolah juga.  
  • budaya  adalah hak masyarakat. 
Sekolah yang selamat memerlukan 
 penglibatan masyarakat.

Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
  •  Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak 
  • Salah satu peranan yang boleh 
  •  dimainkan oleh PIBG adalah sebagai 
  •  orang tengah antara guru dan ibu bapa. 
  • Tindakan PIBG membela nasib guru: 
  •  (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
  • Hubungan yang mesra ini mampu 
  •  melenyapkan prasangka antara ibu bapa 
           dengan guru. 
  • Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
  • Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
  • Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar 
  •  minda, menarik minat dan memberikan 
  •  motivasi yang tinggi kepada pelajar.
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  
  •  sebuah organisasi yang penting terhadap 
  •  perkembangan sesebuah sekolah.
  • Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada  kemajuan dan pencapaian sekolah.
  • Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 
  •  Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
  • Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang.  
  • Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 malaysia 

Sekian, Terima Kasih!

 







No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...