Thursday, 8 November 2018

KPS3014 KULIAH 1



SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN 

Pengertian Sosiologi


  • Sosiologi adalah pengetahuan atau ilmu tentang sifat masyarakat, perilaku masyarakat, dan perkembangan masyarakat. Sosiologi merupakan cabang Ilmu Sosial yang mempelajari masyarakat dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia.
  •  Sebagai cabang Ilmu, Sosiologi dicetuskan pertama kali oleh ilmuwan Perancis, August Comte. Comte kemudian dikenal sebagai Bapak Sosiologi. Namun demikian, sejarah mencatat bahawa Émile Durkheim — ilmuwan sosial Perancis — yang kemudian berhasil melembagakan Sosiologi sebagai disiplin akademis. Sebagai sebuah ilmu, sosiologi merupakan pengetahuan kemasyarakatan yang tersusun dari hasil-hasil pemikiran ilmiah dan dapat di kontrol secara kritis oleh orang lain atau umum.


Sosiologi merupakan sebuah istilah yang berasal dari kata latin ''socius''yang artinya teman, dan ''logos'' dari kata Yunani yang berarti cerita, diungkapkan pertama kalinya dalam buku yang berjudul “Cours De Philosophie Positive” karangan August Comte (1798-1857). Sosiologi muncul sejak ratusan, bahkan ribuan tahun yang lalu. Namun sosiologi sebagai ilmu yang mempelajari masyarakat baru lahir kemudian di Eropah.










                                        sosiologi adalah kajian yang mengenai...




Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.

Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang  melahirkan pelbagai fenomena sosial

Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI

IBNU KHALDUN  ( 1332- 1406 )

  • Lahir di Tunisia.
  • Menurutnya, sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia.
  • Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.
  • Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.
AUGUSTE COMTE  ( 1798-1857 )

  • Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
  • Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan sains lain.
  • Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas (ratu).
  • Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik.

KARL MARX (1818-1883 )
  • Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman.
  • Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
  • Mengkritik  sistem kapitalisme – pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.

EMILE DURKHEIM (1858-1917)
  • Berasal dari Perancis.
  • Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata).
  • Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
  • Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.

MAX WEBER (1864-1960)
  • Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.
  • Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.
  • Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu perkara atau fenomena.
  • Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial.
  • Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

  • Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi sosial di University of Chicago.
  • Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang lain secara langsung melalui simbol-simbol. Simbol boleh terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa.
  • Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting.

Perspektif Sosiologi

  • Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
  • Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelomp



MIKRO                                                                        

  • Penagihan dadah adalah pilihan individu
  • Kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu

MAKRO
  • Kes jenayah
  • Penyakit berjangkit
  • Kualiti kerja dan pengeluaran
  • Pengabaian anak-anaK

Teori Fungsionalisme

  • Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang  mempunyai fungsi tersendiri.
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat.
  • Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
  • Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
  • Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dsb. 
  • Perkembangan individu tidak diutamakan.

Fungsionalisme/konsensus

  • Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan manusia, yang mempunyai beberapa bahagian dengan fungsi-fungsi tersendiri.
  • Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat.
  • aka teori konsensus
  • Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat. 

Teori Konflik

Aliran Karl Marx


  • Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
  • Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. 
  • Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan.
  • Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. 
  • Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan.  merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
  • Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga, dan pendidikan dikenali sebagai superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.
Aliran Weber

  • Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi (pengesahan).
  • Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu kumpulan status/kelas sosial.
Masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan berlakunya perubahan :

                       Marx                                                                              Weber

Masyarakat memerlukan konflik bagi                        Idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat                                           membolehkan berlakunya perubahan

Sosiolisme                                                                  Komunisme



  • Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
  • Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
  • Perkembangan individu tidak diutamakan.

Interaksionisme

Teori Interaksionisme Simbolik


  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
  • Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
  • Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan  hubungan bertambah mesra.
  • Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).
  • Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah.
  • Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan. 
  • Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 

7 prinsip asas interaksionisme

  1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
  2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
  3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
  4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
  5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
  6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
  7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat
Pengertian Pendidikan

Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.

John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu.  Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006)

Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). 

Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu. 
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. 

Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif  sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

Sosiologi Pendidikan 

Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp. 

Struktur Masyarakat di Malaysia


  • Majmuk bangsa
  • Kebebasan beragama tetapi Islam sebagai agama rasmi
  • Gabungan 13 buah negeri
  • Sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
  • Pelbagai upaya
  • Struktur ekonomi?
  • Tenaga pekerja?
  • Pendapatan isi rumah
Struktur masyarakat Malaysia

  • Bentuk institusi pendidikan
  • Kaedah PdP
  • Pentadbiran pendidikan
  • Kurikulum

Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.

Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.

Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.

Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu.

Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila

Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’.

Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan  menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi. 

Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.

Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. 

Negara kita Malaysia mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita. 

Pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. 

Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. 

Setiap individu mempunyai bakat dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. 

Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.


Rujukan

http://memahamisosiologi.blogspot.com/2008/08/apa-itu-ilmu-sosiologi.html

Nota kps3014  Bab 1 Sosiologi dan Pembelajaran





















































































No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...