PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
- Persediaan ke alam sekolah
- Kajian di sekolah
- Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
- Perancangan perlu dilakukan untuk:
- memenuhi masa yang diperuntukkan
- menepati kehendak objektif/maklumat
- berkesan sepanjang waktu pengajaran
- menarik perhatian dan tidak membosankan
Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:
Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
- memahami
- mengetahui
- menghargai sesuatu yang telah diajar
Objektif eksplisit
- menyenaraikan
- menjelaskan
- memberikan contoh
- menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
1.Rancangan Pelajaran Tahunan
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan
sukatan kebangsaan
Komponen P&P
Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah
- Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu pengajaran
- Maklum balas pelajar
- Penilaian
Proses P&P
Perlaksanaan P&P
Set Induksi
- Langkah permulaan dalam proses P&P
- Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar
- Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi
Perkembangan P&P
- Penyampaian isi pelajaran
- Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
- Penggabungjalinan
- Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
- Pemulihan &PenilaianHasil pembelajaran murid
Penutup
Aktiviti yang dijalankan seperti :
1) susulan
2)penilaian objektif pengajaran
3)membuat kesimpulan
4)rumusan
Pengurusan Kelas
Tanggungjawab guru menguruskan kelas
Guru bertanggungjawab :
- menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
- menyedia dan melaksanakan rutin kelas
- mengutip yuran
- memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini
- menjalankan tugas-tugas lain
- mengurus dan memastikan pelajar
- pelajar menjalankan tugas harian
- mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas
- mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P
Persediaan sebelum mengajar
a) Penulisan persediaan mengajar
b) Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
c) Persediaan bahan pengajaran
d) Persediaan peralatan pengajaran
e) Persediaan ruang pengajaran
f) Persediaan kemahiran dalam pengajaran
PENYELIAAN PENGAJARAN AMALI
1. Pengenalan
2. Tunjukcara oleh guru
3. Agihan kerja pelajar
4. Penyeliaan aktiviti amali
5. Penilaian/ refleksi aktiviti amali
6. Pembersihan makmal
7. Penutup
Kajian di sekolah
Definisi kajian
Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
Kajian Kes Pengurusan Pendidikan
Rasional
kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
CONTOH KAJIAN
1) Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur
Oleh
- DR. SEMAN SALLEH
- Jabatan Pengajian Melayu
- Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa lembah pantai 59200 Kuala Lumpur
2) FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN
oleh
- MOHD JAFLUS BAHARI
- Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- Maktab Perguruan Islam
3)PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
Oleh
Seman Salleh
Jabatan Pengajian Melayu
4) SATU KAJIAN KES TENTANG JENIS DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH GURU PELATIH KDPM SEMESTER EMPAT (AMBILAN JULAI 1999)
oleh
Choy Sau Kam, Khaw Ah Hong, dan Lai Kim Leong
Program perantis guru 1 & 2
Konsep
- Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
- Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Pendedahan awal
Objektif
Program ini memberi peluang kepada guru:
- Menyesuaikan diri
- Meninjau persekitaran
- Mengumpul maklumat tentang pengurusan,
- kurikulum, dan prasarana
- Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam
- bilik darjah.
- Merekod pengalaman melalui folio
- Memupuk budaya pemikiran kreatif dan
- reflektif terhadap dunia pendidikan
Bidang tumpuan tugasan PPG
- Pengurusan
- Prasarana
- Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
- Ko-Kurikulum
Peranan & tanggungjawab guru pelatih
- Hadir taklimat
- Faham objektif
- Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
- Mengamalkan etika
- Membantu guru dalam kokurikulum
- Mengumpul maklum balas
- Menyediakan folio PPG
- Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
- Perbelanjaan tanggungan sendiri
- PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P
Garis panduan,Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah
- Bekerjasama dengan pihak UPSI
- Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
- Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
- Membantu mengumpul maklumat sekolah
- Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung
- Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
- Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
- Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI
Peranan dan tanggungjawab guru pendamping
- Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan
- Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa
- Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan
Peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan
- Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG
- Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan
- Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan
- Membuat rumusan
- membuat lawatan jika perlu
- Menyimpan rekod penilaian PPG
Kehadiran dalam PPG
- Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga
- Sekiranya guru pelatih tidak memenuhi 100%, guru pelatih harus menghabiskan tempoh PPG sebelum Latihan Mengajar
- Guru pelatih yang mempunyai masalah kesihatan disarankan supaya menangguhkan PPG. Risiko adalah tanggungan sendiri
Aspek-aspek yang difokus semasa menjalani PPG
- Interaksi dan komunikasi
- Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
- Pengurusan bilik darjah
- Perancangan dan pengajaran
- Amalan refleksi
- Sikap dan sahsiah
No comments:
Post a Comment