Thursday, 27 December 2018

KPS3014 minggu 5


PENGURUSAN MURID

Pengurusan Rekod Murid


  • Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)
  • Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan
  • Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Inovasi Penyimpanan Rekod Murid


1978 : Kad 001 

2005 : Sistem Maklumat Murid (SMM)
  • Ms Access
  • Stand-alone dan offline
2012 : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Online
  • Sharing dengan ibu bapa
  • Dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS
2015 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
  • Modul Pengurusan Sekolah - EMIS
  • Modul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid
  • Modul Pengurusan Guru – e-operasi
Pemansuhan Kad 00l

  • Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M
  • Pemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1Januari 2017
  • Semua maklumat murid disimpan dalam talian
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)




Peranan Guru Kelas

  1. Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
  2. Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
  3. Menyemak dan membetulkan ralat.
  4. Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

Unit Pengurusan Maklumat Murid



Peranan Guru Data

Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Kepentingan Rekod Murid
  • Memantau kemajuan murid
  • Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  • Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan

Kepentingan Maklumat Murid Kepada Guru

Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
  • Memerlukan bimbingan khas
  • Bantuan kewangan
Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

Pengetahuan Mengenai Keperluan Murid

  • Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah.
  • Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang?
  • Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
  • Bagaimana guru dapat mengenal pasti keperluan murid-muridnya?
  • Pengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi.
  • Pengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dll.
  • Pemerhatian sistematik dalam bilik darjah dan semasa P&P
  • Pemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza.
Perbezaan Murid


Perbezaan Jantina 

  • Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
  • Pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
  • Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
  • Guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.

Perbezaan Kadar Pertumbuhan Fizikal

  • Setiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
  • Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
  • Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.
Perbezaan Minat dan Kecederungan

  • Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
  • Walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
  • Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.
Perbezaan Status Sosioekonomi

  • Pelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
  • Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.
Perbezaan Kecerdasan Individu

  • Kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu.  
  • Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
  • Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.
Kesediaan Belajar


Kesedian Kognitif 

  • Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
  • Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
Kesediaan Afektif

  • Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.
  • Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan Psikomotor 

  • Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
  • Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. 
Memotivasikan Pelajar

Konsep Motivasi…
  • Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
  • Akan membangkitkan respond untuk  mencapai tujuan yang ingin dicapai pada  akhirnya.
  • Bantuan  daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh.

Teknik Intrinsik

  • Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
  • Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
  • Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966) 
          cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu

  • Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
          cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

Teknik Entrinsik

Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya

Cara Guru Meningkatkan Motivasi Murid dalam P&P

  • Memahami objektif pembelajaran
  • Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
  • Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
  • Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
  • Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
  • Mendapat pengalaman kejayaan
  • Menerima maklum balas yang tepat dan realistik
Memahami Objektif Pembelajaran 

  • Murid lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam P&P sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut.
  • Pengetahuan ini membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi sesi P&P dan menghubung kait pembelajaran yang akan dilalui dengan pembelajaran lepas.
  • Pencapaian objektif pembelajaran pada akhir kelas juga memberikan rasa kepuasan dan kejayaan (sense of achievement) kepada murid.
Penglibatan Aktif dalam Aktiviti P&P

  • Murid secara aktif membina pengetahuannya sendiri mengenai sesuatu topik pembelajaran, berpandukan objektif pembelajaran.
  • Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Murid “dicabar” untuk membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang bersumberkan pengalaman seharian dan pengalaman pembelajaran lepas.
  • Mengurangkan kebosanan murid.
  • Memberi peluang kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
Berinteraksi Secara Positif dengan Rakan Sebaya

Interaksi dan pertukaran idea melatih murid untuk menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya, dan membina pengetahuan baharu.
 

Pembelajaran yang Berkaitan dengan Kehidupan Harian dan Minat Murid

  • Topik pembelajaran yang berkait rapat dengan pengalaman murid membolehkan mereka menggambarkan dan memahami pembelajaran dengan lebih jelas.
  • Murid dapat melihat cara untuk mengaplikasikan perkara yang baru dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Masa untuk menyiapkan Tugasan dan Berintekrasi

  • Murid perlu diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan.
  • Murid perlu tahu mengenai had masa dan berusaha ke arah menyiapkan tugasan.
Pengalaman Kejayaan 

  • Aktiviti dan tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid untuk merasai kejayaan.
  • Dapat membantu meningkatkan self-esteem murid dan memberikan keyakinan mengenai kemampuannya dalam proses pembelajaran.
Maklum Balas yang Jelas dan Realistik

  • Penilaian yang tepat dan jelas boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.
  • Maklum balas yang diberikan haruslah jelas, spesifik, dan sejurus selepas aktiviti dilakukan.
  • Guru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha murid dalam menyiapkan tugasan dan bukan hanya menekankan hasil akhir tugasan.















































































No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...