Friday, 28 December 2018

KPS3014 Pengurusan Disiplin


PENGURUSAN DISIPLIN

ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959

  Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)

  “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah
  “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.

  Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar

  Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat




PERATURAN 10: RAYUAN                                                                               

1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.


PERATURAN 11

CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH

 Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini.

PERATURAN 12

Syarat Masuk Balik Sekolah

Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran. 


PEKELILING IKHTISAS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:

“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:

“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001

“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”

SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003

Kuasa Guru Merotan Murid

  • Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.

Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001

Pengurusan Pelajar Secara Kolektif 


Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.

Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.


Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983

Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Contoh


Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur

HUKUMAN TERSEBUT DILARANG SEBAB

Berbentuk penyeksaan

Berbentuk cacian

Liar dan Melampau

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991

Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentu
k Jenayah

Saya menarik perhatian tuan berhubung dengan kegagalan pihak sekolah melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah oleh pelajar kepada pihak polis.


Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

SURAT PEKELILIN G IKHTISAS BIL.6A / 1975

Murid-Murid Menghisap Rokok

  • Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.

  • Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
  • Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi
  • Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997

Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Sekolah
(Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997

           BERTARIKH 22 MEI 1997


Suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, SEMUA GURU,KAKITANGAN,IBU BAPA atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik berselindung.

DATA & REKOD


PENGENALAN

  • Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. 
  • Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. 
  • Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

TUJUAN

  • Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  • Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
...TUJUAN

  • Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  • Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
PROSES KERJA

Perekodan Kes Salah Laku

Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

...PROSES KERJA

Perekodan Amalan Baik
  • Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem
  • Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.
OPERASI SISTEM

WEB (ONLINE)
  • Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas
ANDROID 
  • Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada penggunaan Android dan Smart Phone





 









No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...