Friday, 28 December 2018

KPS3014 bab 7


PENGURUSAN SUMBER 

Konsep Pusat Sumber

  • Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
  • Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
  • Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
  • Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. 
Objektif Pusat Sumber

  • Kecemerlangan pendidikan
  • Penggunaan kemudahan
  • Pemupukan tabiat belajar
  • Penghasilan bahan
  • Perkhidmatan pembelajaran
  • Kemahiran maklumat

Fungsi Pusat Sumber

  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  • Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan

  • Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
  • Terdapat  pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS 
  • Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
  • Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
  • Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
  • Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
  • Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik


Langkah pembentukan pss berkesan

  • Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.
  • Rancangan pengoperasian
  • Rancangan pengurusan perkhidmatan
  • Latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas)
  • Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan.
  • Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
  • Kemas kini rekod pengurusan (koleksi)
  • Promosi dan galakan penggunaan.
  • Penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan




















KAEDAH

Pembelajaran Berasaskan Sumber

meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
bersifat individu atau secara kumpulan
menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan

Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber

penggunaan buku teks
aktiviti penelitian
pencarian bahan dari pelbagai sumber
latihan penyelesaian masalah
penggunaan alat pandang dengar

Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber

pengajaran melalui kerja projek
pengajaran unit yang berintegrasi
pendekatan inter disiplin
pembelajaran individu secara aktif

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber

  • Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
  • Melibatkan pelajar belajar secara aktif.
  • Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
  • Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
  • Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Penekanan Pembelajaran Berasaskan Sumber

Pengetahuan pelajar
Tujuan Pembelajaran
Objektif pembelajaran boleh diperjelaskan melalui:
  • huraian tentang apa yang akan dipelajari
  • diskusi dan bertukar-tukar fikiran
  • kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
  • kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
  • kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis dan muzik
Memilih kaedah dan strategi pendekatan
Cari, kumpul dan pilih bahan
Penyediaan tempat untuk beraktiviti
Bimbingan dan tunjuk ajar dari guru













No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...