INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah
Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah :
(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell
(b) Teori Perkembangan Robert Haringshurst
(c) Teori Perkembangan Jean Piaget
(d) Teori Perkembangan Sigmund Freud
(e) Teori Perkembangan Erik Erikson
SOSIOLISASI
- Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
- Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
- Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .
- Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi
JENIS SOSIOLISASI
Primer/Permulaan
- Berlaku dalam keluarga
- Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, kemahiran bahasa
Sekunder/Penyertaan
- Berlaku di luar lingkungan keluarga
- Pemindahan nilai oleh agen sosiolisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa
Resosiolisasi
- Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada
- Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll
SOSIOLISASI DAN PENDIDIKAN
- Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia
- Guru & rakan sebagai agen sosialisasi
- Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan
- Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran khususnya
Guru Sebagai Model
Kamus Dewan edisi ke empat, model didefinisikan sebagai
“Seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau teladan (untuk ditiru atau diteladani)”
Penampilan & Bahasa Tubuh
- Perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian
- Rujuk pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik darjah
- Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawaan sebagai seorang guru
- Senyum dan mempunyai kontak mata dengan murid
- Gerak-geri yang bertenaga dan bersemangat
Bahasa Tubuh
- Ekspresi muka: senyum, tenang
- Kontak mata: menunjukkan keprihatinan dan juga sebagai tanda amaran
- Paralinguistik: kekuatan nada suara, tonasi, artikulasi, berhenti sejenak, dan kelajuan percakapan
- Postur Tubuh: menggambarkan tahap minat, keterbukaan, & tahap emosi. Berpeluk tubuh, menyeluk saku
- Pergerakan badan: tidak statik di hadapan kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang pemalu untuk bertanya
- Ruang peribadi dan sentuhan: peka dengan ruang peribadi murid dan sensitiviti masyarakat setempat, sentuhan pada bahu sebagai galakan
Tingkah Laku
- Melambangkan keperibadian sebagai seorang manusia
- Sopan
- Berhemah tetapi tegas
- Berempati, menangani masalah dengan adil
- Menggunakan bahasa yang sesuai
- Kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata
Contoh Teladan
- Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
- Sentiasa ceria, tenang, dan mempunyai unsur humor
- Mengamalkan komunikasi berkesan
- Ikhlas ketika mengajar
- Menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid
- Berempati dengan masalah yang dihadapi murid
Pengetahuan Yang Jelas
- Sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar
- Mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa
- Bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran
Sifat Kepimpinan
- Kepimpinan autokratik, demokratik, dan laissez-faire
- Menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi
Dinamika Bilik Darjah
Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.
Kajian sosiometri untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah.
- murid yang disukai/paling berpengaruh
- kelompok-kelompok kecil yang rapat
- murid terpinggir/tidak disukai
Faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika bilik darjah
- Jantina
- Bangsa/agama
- Status sosioekonomi
- Pencapaian akademik
- Personaliti
- Gaya pembelajaran
Peranan guru dalam dinamika kumpulan
- Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
- Memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir/tidak disukai
- Menggunakan kuasa penularan
- Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
- Guru sendiri bertindak sebagai model
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
Konsep Interaksi
- Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak.
- Interaksi dua pihak: interaksi seorang guru dengan seorang muridnya.
- Interaksi beberapa pihak: interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran
- Interaksi lisan dan bukan lisan
Jenis Interaksi
1. Interaksi sehala/pasif
- Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
- Pembelajaran berpusatkan guru
- Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat
- Murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain.
- Kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P
- Sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid
2. Interaksi dua hala
- Penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid.
- Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid
- Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran
- TIADA interaksi antara murid-murid
3. Interaksi kumpulan
- Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK
- Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
- Guru bertindak sebagai fasilitator
- Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi
- Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong
- Sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan
Interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Haliza & Joy, 2016)
Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran
- Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
- Penyoalan dalam pengajaran
- Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
- Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
- Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
- Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi
Rujukan
https://www.academia.edu/28347414/2_TEORI-TEORI_PERKEMBANGAN
Nota kps 3014 bab 2 Interaksi dan Pembelajaran
No comments:
Post a Comment