Saturday, 29 December 2018

kps3014 persediaan ke sekolah


PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
  • Persediaan ke alam sekolah
  •  Kajian di sekolah
  •  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

  • Perancangan perlu dilakukan untuk: 
  •  memenuhi masa yang diperuntukkan
  •  menepati kehendak objektif/maklumat 
  •  berkesan sepanjang waktu pengajaran
  •  menarik perhatian dan tidak membosankan
Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:

Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
  •  memahami
  • mengetahui
  •  menghargai sesuatu yang telah    diajar
 Objektif eksplisit
  •  menyenaraikan
  •  menjelaskan
  •  memberikan contoh 
  • menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
Buku rekod mengajar                                                                                                                             

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

1.Rancangan Pelajaran Tahunan 
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. 
  isi ringkas rancangan pengajaran  berdasarkan sukatan
  sukatan  kebangsaan

Komponen P&P

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

  • Objektif pengajaran
  •  Strategi pengajaran yang sesuai
  •  Bahan bantu pengajaran
  •  Maklum balas pelajar
  •  Penilaian



Proses P&P  
Perlaksanaan P&P
Set Induksi
  • Langkah permulaan dalam proses P&P
  • Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar
  • Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang   berkaitan, gambar atau bunyi
Perkembangan P&P
  • Penyampaian isi pelajaran
  • Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
  • Penggabungjalinan
  • Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
  • Pemulihan &PenilaianHasil pembelajaran murid
 Penutup

Aktiviti yang dijalankan seperti :
1) susulan
2)penilaian objektif pengajaran
3)membuat kesimpulan
4)rumusan

Pengurusan Kelas 

Tanggungjawab guru menguruskan kelas
Guru bertanggungjawab :
  •  menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
  •  menyedia dan melaksanakan rutin kelas
  • mengutip yuran
  •  memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini
  •  menjalankan tugas-tugas lain
  •  mengurus dan memastikan pelajar
  • pelajar menjalankan tugas harian
  •  mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi   peraturan kelas
  • mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P
Persediaan sebelum mengajar

a) Penulisan persediaan mengajar
b) Persediaan ilmu pengajaran dan isi     pelajaran diajar
c) Persediaan bahan pengajaran
d) Persediaan peralatan pengajaran
e) Persediaan ruang pengajaran
 f) Persediaan kemahiran dalam pengajaran




PENYELIAAN PENGAJARAN AMALI

1. Pengenalan
2. Tunjukcara oleh guru
3. Agihan kerja pelajar
4. Penyeliaan aktiviti amali
5. Penilaian/ refleksi aktiviti amali
6. Pembersihan makmal
7. Penutup

Kajian di sekolah

Definisi kajian

Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. 

Kajian Kes Pengurusan Pendidikan

Rasional
kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). 

CONTOH KAJIAN

1)    Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur

Oleh
  • DR. SEMAN SALLEH
  • Jabatan Pengajian Melayu
  • Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa lembah pantai 59200 Kuala Lumpur
2) FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN

oleh
  • MOHD JAFLUS BAHARI
  • Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  • Maktab Perguruan Islam
3)PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR

Oleh

Seman Salleh

Jabatan Pengajian Melayu

4) SATU KAJIAN KES TENTANG JENIS DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH GURU PELATIH KDPM SEMESTER EMPAT (AMBILAN JULAI 1999)

oleh 

Choy Sau Kam, Khaw Ah Hong, dan Lai Kim Leong 


Program perantis guru 1 & 2

Konsep
  • Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
  • Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Pendedahan awal
Objektif

Program ini memberi peluang kepada guru:

  •   Menyesuaikan diri
  •  Meninjau persekitaran
  •  Mengumpul maklumat tentang pengurusan,      
  •     kurikulum, dan prasarana
  •  Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam 
  •     bilik darjah.
  •  Merekod pengalaman melalui folio
  •  Memupuk budaya pemikiran kreatif dan 
  •     reflektif terhadap dunia pendidikan
Bidang tumpuan tugasan PPG
  • Pengurusan
  •  Prasarana
  •  Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
  •  Ko-Kurikulum 
Peranan & tanggungjawab guru pelatih
  • Hadir  taklimat
  • Faham objektif
  • Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
  • Mengamalkan etika
  • Membantu guru dalam kokurikulum
  • Mengumpul maklum balas
  • Menyediakan folio PPG
  • Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
  • Perbelanjaan tanggungan sendiri
  • PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P
Garis panduan,Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah
  • Bekerjasama dengan pihak UPSI
  • Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
  • Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
  • Membantu mengumpul maklumat sekolah
  • Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung
  • Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
  • Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
  • Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI
Peranan dan tanggungjawab guru pendamping
  • Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan
  • Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa
  • Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan 
Peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan
  • Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG
  • Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan
  • Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan
  • Membuat rumusan
  • membuat lawatan jika perlu
  • Menyimpan rekod penilaian PPG
Kehadiran dalam PPG
  • Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga
  • Sekiranya guru pelatih tidak memenuhi 100%, guru pelatih harus menghabiskan tempoh PPG sebelum Latihan Mengajar
  • Guru pelatih yang mempunyai masalah kesihatan disarankan supaya menangguhkan PPG. Risiko adalah tanggungan sendiri
Aspek-aspek yang difokus semasa menjalani PPG
  • Interaksi dan komunikasi
  • Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
  • Pengurusan bilik darjah
  • Perancangan dan pengajaran
  • Amalan refleksi
  • Sikap dan sahsiah


















Friday, 28 December 2018

KPS3014 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN 

JENIS-JENIS BILIK PEMBELAJARAN


BILIK PEMBELAJARAN
  • Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru.
  • Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah. 
  • Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan. 
Jenis-jenis Pembelajaran
  • Bilik darjah tradisi
  • Bilik darjah terbuka
  • Bilik darjah bercantum
  • Bilik darjah pra sekolah
  • Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Bilik darjah multimedia
  • Bilik darjah mata pelajaran khas
Bilik Darjah Tradisi
  • Kerusi dan meja disusun baris demi baris.
  • Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
  • Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan. 
  • Aktiviti melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru. 
Bilik Darjah Terbuka
  • Aktiviti PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak.
  • Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
  • Ujian, peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.
  • Murid-murid bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu. 
Bilik Darjah Bercantum
  • Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka. 
  • Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.
  • Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
  • Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai
Bilik Darjah Prasekolah
  • Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
  • Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
  • Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
  • Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
Bilik Darjah Multimedia
  • Dilengkapi dengan komputer untuk aktiviti PdP.
  • Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
  • Strategi PdP adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
  • Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
  • Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
  • Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan. 

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Saiz Bilik Darjah
  • Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
  • Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
  • Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti. 
Susunan Bilik darjah
  • Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru.
  • Seharusnya memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan. 









Peralatan
  • Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
  • Kerusi dan meja guru
  • Papan hitam/putih
  • Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
  • Rak buku
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pencahayaan dan Pengudaraan
  • Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi.
  • Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
  • Bilik darjah yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid.
  • Situasi ini menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk. 
Ciri Keselamatan
  • Ruang kerja selesa – susun atur perabot
  • Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup
  • Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
  • Sudut pameran/hasil kerja murid
  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan 
  • Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Bilik Darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan.
  • Murid-murid dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan. 
  • Menggalakkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid.
  • Aktiviti murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif. 
  • Murid dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan. 




KPS3014 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Hubungan Sekolah dan  Masyarakat

  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
  • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah            


Faktor luaran dan dalaman sekolah

  • Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
  • Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. 
  • Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. 
  • Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. 
  • Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.  
  • Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.

Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah

  • Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
  • Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
  • Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
  • Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. 


Perkongsian Pintar

  • Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:

  • mencapai matlamat atau objektif yang sama 

  • perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

  • gabungan strategik yang membawa faedah 

          sinergi kepada semua pihak yang terlibat 
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.

Matlamat Perkongsian

a.Sekolah sebagai sebuah institusi sosial 
     tidak wujud bersendirian. 

b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)

c. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 :
“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.

Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 :
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".

Kepentingan Perkongsian
  • Masyarakat dan Sekolah: Saling 
          memerlukan
  • Sekolah sebagai agen perubahan 
          masyarakat 
  • Masalah masyarakat merupakan masalah 
         sekolah juga.  
  • budaya  adalah hak masyarakat. 
Sekolah yang selamat memerlukan 
 penglibatan masyarakat.

Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
  •  Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak 
  • Salah satu peranan yang boleh 
  •  dimainkan oleh PIBG adalah sebagai 
  •  orang tengah antara guru dan ibu bapa. 
  • Tindakan PIBG membela nasib guru: 
  •  (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
  • Hubungan yang mesra ini mampu 
  •  melenyapkan prasangka antara ibu bapa 
           dengan guru. 
  • Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
  • Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
  • Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar 
  •  minda, menarik minat dan memberikan 
  •  motivasi yang tinggi kepada pelajar.
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  
  •  sebuah organisasi yang penting terhadap 
  •  perkembangan sesebuah sekolah.
  • Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada  kemajuan dan pencapaian sekolah.
  • Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 
  •  Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
  • Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang.  
  • Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 malaysia 

Sekian, Terima Kasih!

 







KPS3014 Pengurusan Murid Pelbagai upaya


PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

  • Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. 
  • Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
PEMULIHAN

  • Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
  • Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Konsep Pemulihan

  • Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.
  • Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya

…Konsep Pemulihan

  • Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. 
Ciri-ciri Kanak Pemulihan

  • Rendah diri
  • Pasif
  • Mengganggu rakan
  • Kerap tidak hadir sekolah
  • Lemah pemahaman
  • Malas
  • Cepat bosan
Peranan Guru 

  • Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
  • Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid
PENGAYAAN

  • Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.
  • Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar 
Konsep Pengayaan

  • Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

Objektif Pengayaan
  • Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. 
Jenis Pengayaan

  • Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. 
  • Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.





BERKEPERLUAN KHAS
  • “Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” -Garciulo (2003) 
Pintar Cerdas
  • Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
Ciri-ciri Pintar Cerdas
  • Perbendaharaan kata yang lebih luas,
  • Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah, 
  • Keistimewaan dalam matematik, 
  • Mencari kesempurnaan kendiri, 
  • Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,  
  • Petah berkomunikasi.
Pendidikan Pintar Cerdas
  • Kurikulum akademik yang diubahsuai.
  • Kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
  • Mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif.
Autisme
  • Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
Ciri-ciri Autisme
  • Sukar berkomunikasi
  • Mengelak untuk bertentang mata
  • Emosi tidak seimbang
  • Mencedera diri sendiri
  • Sukar memahami orang lain
  • Pasif
Pendidikan Autisme
  • Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
  • Program bersepadu dan terancang. 
  • Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
  • Pendidikan inklusif 
Disleksia 
  • Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. 
Ciri-ciri Disleksia
  • Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
  • Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik). 
  • Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
Pendidikan Disleksia
  • Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai.
  • Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. 
  • Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia. 
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
  • Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
  • Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. 
  • Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
Kecerdasan Logik-Matematik
  • Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
  • Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
  • Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak. 
Kecerdasan Verbal-Linguistik
  • Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
  • Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. 
  • Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam. 
Kecerdasan Muzik
  • Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. 
  • Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
  • Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
Kecerdasan Kinestetik Badan
  • Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
  • Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. 
  • Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. 
Kecerdasan Interpersonal
  • Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. 
  • Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. 
  • Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Kecerdasan Intrapersonal
  • Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. 
  • Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
  • Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari.  
  • Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara
Kecerdasan Ruang Visual
  • Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
  • Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
  • Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .
Kecerdasan Naturalis
  • Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
  • Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
  • Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.   
Kecerdasan Eksistensialis
  • Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. 
  • Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. 
  • Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini. 
KESIMPULAN
  • Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. 
  • Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. 
…KESIMPULAN
  • Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
SEKIAN, TERIMA KASIH…. 















KPS3014 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Pengurusan Pelbagai Budaya


Definisi Budaya
  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). 
  • Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). 
  • Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).

Definisi Pelbagai Budaya

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 




Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity


  • Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. 
  • Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
  • Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
  • Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi 

Melting Pot II: Ethnic Synthesis

  • Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
  • Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
  • Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain

Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)

  • Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
  • Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA 

PENGENALAN

  • Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
  • Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.
  • Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.

  • Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
  • Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
  • Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
  • Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).
  • Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
  • Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
  • Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya



  • Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
  • The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
  • An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
  • Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
  • An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya Berkesan 

  • Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
  • Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
  • Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif
  • Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
Pendekatan Pelaksanaan Pendidikan Pelbagai Budaya

  • Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
  • Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
  • Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
  • Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah
  • Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
  • Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
  • Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan
  • Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
  • Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
  • Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat.
  • Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya.
  • Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.
  • Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya Di Malaysia

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.






Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru

Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. 



  • Menurut Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya iaitu:
  • Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
  • Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan
  • Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
  • Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya

Pengurusan Pelbagai Budaya dalam Bilik Darjah

Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya

Banks (1989)
  • Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.
…Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya

Najeemah (2007)

  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

Pengurusan Program Pelbagai Budaya peringkat Sekolah

Aktiviti Memupuk Perpaduan dalam Pendidikan 

    



Sekian terima kasih

Happy Holiday!!!




KPS3014 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
























KPS3014 Pengurusan Disiplin


PENGURUSAN DISIPLIN

ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959

  Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)

  “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah
  “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.

  Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar

  Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat




PERATURAN 10: RAYUAN                                                                               

1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.


PERATURAN 11

CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH

 Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini.

PERATURAN 12

Syarat Masuk Balik Sekolah

Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran. 


PEKELILING IKHTISAS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:

“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:

“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001

“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”

SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003

Kuasa Guru Merotan Murid

  • Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.

Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001

Pengurusan Pelajar Secara Kolektif 


Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.

Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.


Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983

Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Contoh


Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur

HUKUMAN TERSEBUT DILARANG SEBAB

Berbentuk penyeksaan

Berbentuk cacian

Liar dan Melampau

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991

Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentu
k Jenayah

Saya menarik perhatian tuan berhubung dengan kegagalan pihak sekolah melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah oleh pelajar kepada pihak polis.


Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

SURAT PEKELILIN G IKHTISAS BIL.6A / 1975

Murid-Murid Menghisap Rokok

  • Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.

  • Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
  • Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi
  • Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997

Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Sekolah
(Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997

           BERTARIKH 22 MEI 1997


Suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, SEMUA GURU,KAKITANGAN,IBU BAPA atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik berselindung.

DATA & REKOD


PENGENALAN

  • Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. 
  • Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. 
  • Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

TUJUAN

  • Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  • Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
...TUJUAN

  • Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  • Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
PROSES KERJA

Perekodan Kes Salah Laku

Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

...PROSES KERJA

Perekodan Amalan Baik
  • Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem
  • Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.
OPERASI SISTEM

WEB (ONLINE)
  • Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas
ANDROID 
  • Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada penggunaan Android dan Smart Phone





 









kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...