PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Definisi Pengurusan
Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984)
Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).
Pengurusan Bilik Darjah
- Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
- Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).
Domain:
- Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
- Mengorganisasi persekitaran fizikal
- Menguruskan tingkah laku pelajar
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
- Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
- Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
- Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran
STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Berpusatkan Pelajar
- Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
- Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
- Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Berpusatkan Bahan
- Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
- Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan
- Guru berperanan sebagai pembimbing
Berpusatkan Guru
- Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
- Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
- Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
- Aktiviti ringkas bagi menarik minat pelajar
- Langkah demi langkah aktiviti pembelajaran, bersesuaian dengan aras pencapaian, masa, dan bahan
- Penilaian, pengukuhan, dan rumusan
Pengurusan Pelbagai Budaya
a. Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada murid
- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi & strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber
b. Program Silang Budaya
Pengurusan Pelbagai Upaya
- Berkeperluan Khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
- Program Pendidikan Inklusif
- Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
a. Pusat (LP)
b. Sekolah (BPK)
c. Jasmani (BKK)
d. Psikometrik (BPSH)
PENGURUSAN SEKOLAH
1. Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989).
2. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
3. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:
Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.
Kumpulan sasaran manusia - kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.
4. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001).
5. Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000).
6. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi wujudkan sekolah yang berkesan.
DIFINISI PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui
perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan
situasi pembelajaran. (Robert M Gagne, 1970)
Pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. (Morgan dan King,1975)
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelassehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini;
pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. (E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson, 1975)
Perkataan ‘pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang. (Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne, 1976)
Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.(Kelvin Seifert,1893)
Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal . (Anita E. Woolfolk,1995)
Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
- Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan
- Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna
Prinsip Pembelajaran
Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah (Shahabuddin et al., 2006)
1. Kesediaan pembelajaran – murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal, dan emosi sebelum belajar.
2. Pengalaman – pelajar hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya (telinga, mata, hidung, jari) bagi mendapatkan pengalaman.
3. Latihan – murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru
4.
Kondusif - suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani
5.
Bermatlamat - pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll
6.
Penglibatan aktif - pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna
7.
Persediaan awal - Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid
8.
Mengkaji murid - analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan
9.
Unsur dorongan - Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.
Faktor mempengaruhi kesediaan belajar
Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran
Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat
Dorongan - penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat
Sosial dan persekitaran - ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat
Pengalaman sedia - murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka
Jenis-Jenis Pembelajaran
Memproses maklumat - Melibatkan usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan, mengelas rangsangan, membina konsep, dan membina prinsip.
Menggunakan pengalaman - Melibatkan pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran, dan menyelesaikan masalah.
- Pembelajaran cuba jaya.
Proses Pembelajaran
- Proses dimulakan dengan penanggapan iaitu Membentuk persepsi terhadap rangsangan diterima pancaindera (melihat, mendengar, menghidu, merasa)
- Maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekiranya berguna.
- Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah/mencapai matlamat.
- Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan.
- Sekiranya pengalaman tersebut diproses selalu, ditokok tambah, dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan.
Rujukan
https://core.ac.uk/download/pdf/11785735.pdf
Nota kps3014 Bab 3 Pengurusan dan Pembelajaran