Friday, 28 December 2018

KPS3014 bab 7


PENGURUSAN SUMBER 

Konsep Pusat Sumber

  • Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
  • Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
  • Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
  • Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. 
Objektif Pusat Sumber

  • Kecemerlangan pendidikan
  • Penggunaan kemudahan
  • Pemupukan tabiat belajar
  • Penghasilan bahan
  • Perkhidmatan pembelajaran
  • Kemahiran maklumat

Fungsi Pusat Sumber

  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  • Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan

  • Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
  • Terdapat  pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS 
  • Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
  • Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
  • Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
  • Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
  • Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik


Langkah pembentukan pss berkesan

  • Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.
  • Rancangan pengoperasian
  • Rancangan pengurusan perkhidmatan
  • Latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas)
  • Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan.
  • Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
  • Kemas kini rekod pengurusan (koleksi)
  • Promosi dan galakan penggunaan.
  • Penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan




















KAEDAH

Pembelajaran Berasaskan Sumber

meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
bersifat individu atau secara kumpulan
menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan

Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber

penggunaan buku teks
aktiviti penelitian
pencarian bahan dari pelbagai sumber
latihan penyelesaian masalah
penggunaan alat pandang dengar

Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber

pengajaran melalui kerja projek
pengajaran unit yang berintegrasi
pendekatan inter disiplin
pembelajaran individu secara aktif

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber

  • Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
  • Melibatkan pelajar belajar secara aktif.
  • Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
  • Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
  • Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Penekanan Pembelajaran Berasaskan Sumber

Pengetahuan pelajar
Tujuan Pembelajaran
Objektif pembelajaran boleh diperjelaskan melalui:
  • huraian tentang apa yang akan dipelajari
  • diskusi dan bertukar-tukar fikiran
  • kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
  • kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
  • kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis dan muzik
Memilih kaedah dan strategi pendekatan
Cari, kumpul dan pilih bahan
Penyediaan tempat untuk beraktiviti
Bimbingan dan tunjuk ajar dari guru













KPS3014 bab 6


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik Darjah 

  • Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986).
  • Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.
Pengurusan Bilik Darjah

  • Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).
  • Pengurusan bilik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
  • Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. 
  • Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
  • Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. 
  • Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll).
  • Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan).



Pengurusan Bilik Darjah Berkesan 

  • Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
  • Membentuk suasana pembelajaran yang positif
  • Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
  • Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P
  • Mengurangkan masalah disiplin
  • Pengurusan rutin yang berkesan
  • Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri


Pengurusan Psikososial dalam Bilik Darjah

  1. Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya
  2. Faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah:
  • Pendekatan pengajaran 
  • Gaya kepimpinan guru
  • Bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah
Pengurusan Persekitaran Psikososial Bilik Darjah

  • Suasana demokratik dalam bilik darjah
  • Guru sebagai pendidik & fasilitator
  • Menimbulkan persekitaran saling mempercayai & menghormati
  • Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik
  • Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat & seronok
  • Menunjukkan rasa cinta & semangat untuk mendidik
  • Menyemai semangat kekitaan
  • Mengamalkan komunikasi berkesan



AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan.
  • Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat.
TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Memudahkan guru membimbing murid.
  • Menggalakkan penglibatan aktif individu.
  • Memupuk kerjasama antara murid.
  • Memupuk rasa tanggungjawab.
  • Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
  • Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.


KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN

  • Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
  • Cara mengelompokkan pelajar: Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti P&P dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. 
  • Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
  • Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. 
KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN

  • Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. 
  • Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
  • Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.
  • Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar.
  • Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi
KUMPULAN MENGIKUT MINAT

  • Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
  • Misalnya dalam mata pelajaran Muzik.
  • Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.
PENGAJARAN INDIVIDU

  • Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. 
  • Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU

  • Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
  • Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
  • Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU

  • Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing
  • Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya
  • Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri
  • Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar

APAKAH BAHAN PENGAJARAN?

  • Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran 
  • Dikenali sebagai media pendidikan :-
    -perkakasan
    -bahan atau perisian
  • Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna 
MENGAPAKAH PERLU BAHAN

  • Membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar
  • Membantu murid memahami apa yang diajar
  • Contoh:-
    - penjelasan makna atau konsep
    - sumber pengalaman
    - mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran

JENIS BAHAN DAN PENGHASILANNYA

  • Terbahagi kepada dua iaitu:-
    - bahan hidup
    - bahan bukan hidup
  • Bahan hidup- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan
  • Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi (semulajadi dan buatan manusia)

PERANCANGAN BAHAN

  • Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan:-
    - jenis dan bentuk bahan 
    - cara bahan digunakan
    - kemudahan mendapatkan bahan




Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

  • Pentaksiran berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.
  • PBD berlaku secara formatif dan sumatif
  • PBD tidak membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, TETAPI bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Kepentingan PBD

  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran
  • Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
  • Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
















































Thursday, 27 December 2018

KPS3014 minggu 5


PENGURUSAN MURID

Pengurusan Rekod Murid


  • Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)
  • Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan
  • Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Inovasi Penyimpanan Rekod Murid


1978 : Kad 001 

2005 : Sistem Maklumat Murid (SMM)
  • Ms Access
  • Stand-alone dan offline
2012 : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Online
  • Sharing dengan ibu bapa
  • Dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS
2015 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
  • Modul Pengurusan Sekolah - EMIS
  • Modul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid
  • Modul Pengurusan Guru – e-operasi
Pemansuhan Kad 00l

  • Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M
  • Pemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1Januari 2017
  • Semua maklumat murid disimpan dalam talian
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)




Peranan Guru Kelas

  1. Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
  2. Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
  3. Menyemak dan membetulkan ralat.
  4. Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

Unit Pengurusan Maklumat Murid



Peranan Guru Data

Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Kepentingan Rekod Murid
  • Memantau kemajuan murid
  • Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  • Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan

Kepentingan Maklumat Murid Kepada Guru

Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
  • Memerlukan bimbingan khas
  • Bantuan kewangan
Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

Pengetahuan Mengenai Keperluan Murid

  • Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah.
  • Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang?
  • Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
  • Bagaimana guru dapat mengenal pasti keperluan murid-muridnya?
  • Pengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi.
  • Pengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dll.
  • Pemerhatian sistematik dalam bilik darjah dan semasa P&P
  • Pemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza.
Perbezaan Murid


Perbezaan Jantina 

  • Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
  • Pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
  • Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
  • Guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.

Perbezaan Kadar Pertumbuhan Fizikal

  • Setiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
  • Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
  • Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.
Perbezaan Minat dan Kecederungan

  • Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
  • Walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
  • Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.
Perbezaan Status Sosioekonomi

  • Pelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
  • Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.
Perbezaan Kecerdasan Individu

  • Kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu.  
  • Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
  • Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.
Kesediaan Belajar


Kesedian Kognitif 

  • Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
  • Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
Kesediaan Afektif

  • Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.
  • Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan Psikomotor 

  • Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
  • Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. 
Memotivasikan Pelajar

Konsep Motivasi…
  • Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
  • Akan membangkitkan respond untuk  mencapai tujuan yang ingin dicapai pada  akhirnya.
  • Bantuan  daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh.

Teknik Intrinsik

  • Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
  • Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
  • Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966) 
          cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu

  • Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
          cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

Teknik Entrinsik

Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya

Cara Guru Meningkatkan Motivasi Murid dalam P&P

  • Memahami objektif pembelajaran
  • Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
  • Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
  • Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
  • Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
  • Mendapat pengalaman kejayaan
  • Menerima maklum balas yang tepat dan realistik
Memahami Objektif Pembelajaran 

  • Murid lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam P&P sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut.
  • Pengetahuan ini membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi sesi P&P dan menghubung kait pembelajaran yang akan dilalui dengan pembelajaran lepas.
  • Pencapaian objektif pembelajaran pada akhir kelas juga memberikan rasa kepuasan dan kejayaan (sense of achievement) kepada murid.
Penglibatan Aktif dalam Aktiviti P&P

  • Murid secara aktif membina pengetahuannya sendiri mengenai sesuatu topik pembelajaran, berpandukan objektif pembelajaran.
  • Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Murid “dicabar” untuk membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang bersumberkan pengalaman seharian dan pengalaman pembelajaran lepas.
  • Mengurangkan kebosanan murid.
  • Memberi peluang kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
Berinteraksi Secara Positif dengan Rakan Sebaya

Interaksi dan pertukaran idea melatih murid untuk menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya, dan membina pengetahuan baharu.
 

Pembelajaran yang Berkaitan dengan Kehidupan Harian dan Minat Murid

  • Topik pembelajaran yang berkait rapat dengan pengalaman murid membolehkan mereka menggambarkan dan memahami pembelajaran dengan lebih jelas.
  • Murid dapat melihat cara untuk mengaplikasikan perkara yang baru dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Masa untuk menyiapkan Tugasan dan Berintekrasi

  • Murid perlu diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan.
  • Murid perlu tahu mengenai had masa dan berusaha ke arah menyiapkan tugasan.
Pengalaman Kejayaan 

  • Aktiviti dan tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid untuk merasai kejayaan.
  • Dapat membantu meningkatkan self-esteem murid dan memberikan keyakinan mengenai kemampuannya dalam proses pembelajaran.
Maklum Balas yang Jelas dan Realistik

  • Penilaian yang tepat dan jelas boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.
  • Maklum balas yang diberikan haruslah jelas, spesifik, dan sejurus selepas aktiviti dilakukan.
  • Guru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha murid dalam menyiapkan tugasan dan bukan hanya menekankan hasil akhir tugasan.















































































Thursday, 8 November 2018

KPS3014 KULIAH 4


KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



  • Gaya Kepimpinan

  • Organisasi Sekolah
  • Kepimpinan Peringkat Sekolah
  • Kepimpinan Guru 
Pengurusan Tertinggi PKM

  • Ketua Setiausaha
  • Timb. Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran)
  • Timb. Ketua Setiausaha (Pengurusan)
  • Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPP)
  • Timb. KPP (Dasar & Pembangunan Pendidikan)
  • Timb. KPP (Operasi Pendidikan)
  • Timb. KPP (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
  • Ketua Pengarah Pelajaran (KPP)
  • 3 Timb. KPP
  • 37 jabatan/bahagian/unit di KPM
  - Buku Teks
- Kokurikulum & Kesenian
- Pembangunan Kurikulum
- Matrikulasi
- Pendidikan guru
- Pengurusan Sekolah Harian
- Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan
- Pendidikan swasta 

Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru

Anjakan ke empat PPPM 2013 – 2025

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

  • Meningkatkan kualiti pembangunan profesional sepanjang kerjaya, dengan memberikan tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
  • Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi
  • Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus


Praperkhidmatan
  • Pemilihan calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan keguruan pada peringkat pengajian tinggi.
  • Perlu lulus program pengajian dan memperoleh kelayakan ikhtisas
  • Perlu melalui penilaian untuk layak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Awal Perkhidmatan
  • PPP dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi Guru Malaysia.
  • Tugas utama PPP:
- melaksanakan PdP
- menjalani program induksi dan pementoran
  • Fokus kepada kelayakan, lantikan, Rekod Daftar Guru, & pembangunan kompotensi
Pengurusan Sekolah

Pengetua
  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. 
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. 
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar
GPK PENTADBIRAN (GPK 1)
  • Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. 
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
Agihan Mata Pelajaran Mengikut Bidang

Bahasa
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
Sains & Matematik
  • Sains Paduan
  • Sains Teras
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
Teknik & Vokasional

  • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Sains Pertanian
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Pengurusan Perniagaan
Kemanusian
  • Geografi
  • Kesusasteraan
  • Pendidikan Moral
  • Sivik & Kewarganegaraan
  • Tasawur Islam
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Jasmani
Jawatankuasa Panitia Matapelajaran 

 Guru Kanan Mata Pelajaran

  • Ketua bidang mata pelajaran
  •  Lantikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri 
  •  Melibatkan elaun khas guru kanan
  • Berperanan untuk:
           - Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.

           -Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang                berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.

           - Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang               berkaitan dengan bidangnya.

            - Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

KAUNSELOR
  • Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada. 
    -memahami sikap
-minat, bakat, kebolehan
-peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri


Rujukan

https://www.academia.edu/30930197/BIDANG_TUGAS_GURU_KANAN

Nota KPS3014 bab 4 Kepimpinan dan Organisasi






























KPS3014 KULIAH 3


PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 

Definisi Pengurusan

Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984)

Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004).

Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Pengurusan Bilik Darjah 
  • Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
  • Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).
Domain:
  1.  Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
  2. Mengorganisasi persekitaran fizikal
  3. Menguruskan tingkah laku pelajar
  4. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
  5. Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
  6. Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
  7. Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran

STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Berpusatkan Pelajar 
  • Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
  • Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
  • Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Berpusatkan Bahan 
  • Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
  • Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan
  • Guru berperanan sebagai pembimbing
Berpusatkan  Guru 
  • Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
  • Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
Prinsip Pengajaran

Set Induksi
  • Aktiviti ringkas bagi menarik minat pelajar
Penyampaian
  • Langkah demi langkah aktiviti pembelajaran, bersesuaian dengan aras pencapaian, masa, dan bahan
Penutup
  • Penilaian, pengukuhan, dan rumusan
Pengurusan Pelbagai Budaya

a. Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada murid

- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi & strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber

b. Program Silang Budaya 

Pengurusan Pelbagai Upaya
  • Pemulihan
  • Pengayaan
  • Berkeperluan Khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
  • Program Pendidikan Inklusif
  • Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

a. Pusat (LP)

b. Sekolah (BPK)

c. Jasmani (BKK)

d. Psikometrik (BPSH)

PENGURUSAN SEKOLAH

1. Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989).

2. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
3. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:

Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.

Kumpulan sasaran manusia - kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.

Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.

Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

4. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001).

5. Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000).

6. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting  bagi wujudkan sekolah yang berkesan.

DIFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui
perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan
situasi pembelajaran. (Robert M Gagne, 1970)

Pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. (Morgan dan King,1975)

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelassehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini;
pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. (E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson, 1975)

Perkataan ‘pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang. (Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne, 1976)

Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.(Kelvin Seifert,1893)

Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal . (Anita E. Woolfolk,1995)

Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:

  • Perubahan pemikiran
  • Perubahan kebolehan 
  • Perubahan tingkah laku 
  • Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan 
  • Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna

Prinsip Pembelajaran

Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah (Shahabuddin et al., 2006)

1. Kesediaan pembelajaran – murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal, dan emosi sebelum belajar.

2. Pengalaman – pelajar hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya (telinga, mata, hidung, jari) bagi mendapatkan pengalaman.

3. Latihan – murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru

4. Kondusif - suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani

5. Bermatlamat - pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll

6. Penglibatan aktif - pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna

7. Persediaan awal - Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid

8. Mengkaji murid - analisis terhadap  minat, kecenderungan, bakat, keperluan

9. Unsur dorongan - Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.

Faktor mempengaruhi kesediaan belajar

Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran

Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat

Dorongan - penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat

Sosial dan persekitaran - ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat

Pengalaman sedia - murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka

Jenis-Jenis Pembelajaran

Memproses maklumat - Melibatkan usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan,                                                          mengelas rangsangan, membina konsep,  dan membina prinsip.

Menggunakan pengalaman - Melibatkan pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran,                                                      dan menyelesaikan masalah.
                                                -  Pembelajaran cuba jaya.

Proses Pembelajaran


  • Proses dimulakan dengan penanggapan iaitu Membentuk persepsi terhadap rangsangan diterima pancaindera (melihat, mendengar, menghidu, merasa)


  • Maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekiranya berguna.


  • Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah/mencapai matlamat.


  • Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan. 


  • Sekiranya pengalaman tersebut diproses selalu, ditokok tambah, dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan. 


Rujukan 

https://core.ac.uk/download/pdf/11785735.pdf

Nota kps3014 Bab 3 Pengurusan dan Pembelajaran




















































































































KPS 3014 KULIAH 2


INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN 

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA

  Pertumbuhan dan  perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi  pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih  bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah
  Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai  peringkat perkembangan individu adalah :
 
          (a)  Teori Perkembangan Arnold Gesell 
 
          (b)  Teori Perkembangan Robert Haringshurst 
 
          (c)   Teori Perkembangan Jean Piaget 
 
          (d)   Teori Perkembangan Sigmund Freud 
 
          (e)  Teori Perkembangan Erik Erikson

SOSIOLISASI

  • Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
  • Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .
  • Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi 
JENIS SOSIOLISASI

Primer/Permulaan
  • Berlaku dalam keluarga
  • Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, kemahiran bahasa
Sekunder/Penyertaan
  • Berlaku di luar lingkungan keluarga
  • Pemindahan nilai oleh agen sosiolisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa
Resosiolisasi
  • Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada
  • Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll
SOSIOLISASI DAN PENDIDIKAN

  • Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia
  • Guru & rakan sebagai agen sosialisasi
  • Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan
  • Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran khususnya
Guru Sebagai Model

Kamus Dewan edisi ke empat, model didefinisikan sebagai

“Seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau teladan (untuk ditiru atau        diteladani)”

      Penampilan & Bahasa Tubuh
  • Perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian
  • Rujuk pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik darjah
  • Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawaan sebagai seorang guru
  • Senyum dan mempunyai kontak mata dengan murid
  • Gerak-geri yang bertenaga dan bersemangat
     Bahasa Tubuh
  • Ekspresi muka: senyum, tenang
  • Kontak mata: menunjukkan keprihatinan dan juga sebagai tanda amaran
  • Paralinguistik: kekuatan nada suara, tonasi, artikulasi, berhenti sejenak, dan kelajuan percakapan 
  • Postur Tubuh: menggambarkan tahap minat, keterbukaan, & tahap emosi. Berpeluk tubuh, menyeluk saku
  • Pergerakan badan: tidak statik di hadapan kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang pemalu untuk bertanya
  • Ruang peribadi dan sentuhan: peka dengan ruang peribadi murid dan sensitiviti masyarakat setempat, sentuhan pada bahu sebagai galakan
      Tingkah Laku
  • Melambangkan keperibadian sebagai seorang manusia
  • Sopan 
  • Berhemah tetapi tegas
  • Berempati, menangani masalah dengan adil 
  • Menggunakan bahasa yang sesuai 
  • Kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata
      Contoh Teladan
  •  Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
  • Sentiasa ceria, tenang, dan mempunyai unsur humor
  • Mengamalkan komunikasi berkesan
  • Ikhlas ketika mengajar
  • Menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid
  • Berempati dengan masalah yang dihadapi murid
      Pengetahuan Yang Jelas
  • Sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar
  • Mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa
  • Bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran
      Sifat Kepimpinan
  • Kepimpinan autokratik, demokratik, dan laissez-faire
  • Menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi 
Dinamika Bilik Darjah

Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.
Kajian sosiometri untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah.
- murid yang disukai/paling berpengaruh
- kelompok-kelompok kecil yang rapat
- murid terpinggir/tidak disukai

Faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika bilik darjah
  • Jantina
  • Bangsa/agama
  • Status sosioekonomi
  • Pencapaian akademik
  • Personaliti
  • Gaya pembelajaran
Peranan guru dalam dinamika kumpulan
  • Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
  • Memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir/tidak disukai
  • Menggunakan kuasa penularan
  • Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
  • Guru sendiri bertindak sebagai model
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

Konsep Interaksi
  • Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak. 
  • Interaksi dua pihak: interaksi seorang guru dengan seorang muridnya.
  • Interaksi beberapa pihak: interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran
  • Interaksi lisan dan bukan lisan
Jenis Interaksi

1. Interaksi sehala/pasif
  • Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
  • Pembelajaran berpusatkan guru 
  • Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat
  • Murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain.
  • Kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P
  • Sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid
2. Interaksi dua hala
  • Penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid.
  • Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid
  • Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran
  • TIADA interaksi antara murid-murid
3. Interaksi kumpulan
  • Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK
  • Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
  • Guru bertindak sebagai fasilitator
  • Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi
  • Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong
  • Sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan
Interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Haliza & Joy, 2016)

Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran
  • Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
  • Penyoalan dalam pengajaran
  • Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
  • Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
  • Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi
Rujukan

https://www.academia.edu/28347414/2_TEORI-TEORI_PERKEMBANGAN

Nota kps 3014 bab 2 Interaksi dan Pembelajaran






















KPS3014 KULIAH 1



SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN 

Pengertian Sosiologi


  • Sosiologi adalah pengetahuan atau ilmu tentang sifat masyarakat, perilaku masyarakat, dan perkembangan masyarakat. Sosiologi merupakan cabang Ilmu Sosial yang mempelajari masyarakat dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia.
  •  Sebagai cabang Ilmu, Sosiologi dicetuskan pertama kali oleh ilmuwan Perancis, August Comte. Comte kemudian dikenal sebagai Bapak Sosiologi. Namun demikian, sejarah mencatat bahawa Émile Durkheim — ilmuwan sosial Perancis — yang kemudian berhasil melembagakan Sosiologi sebagai disiplin akademis. Sebagai sebuah ilmu, sosiologi merupakan pengetahuan kemasyarakatan yang tersusun dari hasil-hasil pemikiran ilmiah dan dapat di kontrol secara kritis oleh orang lain atau umum.


Sosiologi merupakan sebuah istilah yang berasal dari kata latin ''socius''yang artinya teman, dan ''logos'' dari kata Yunani yang berarti cerita, diungkapkan pertama kalinya dalam buku yang berjudul “Cours De Philosophie Positive” karangan August Comte (1798-1857). Sosiologi muncul sejak ratusan, bahkan ribuan tahun yang lalu. Namun sosiologi sebagai ilmu yang mempelajari masyarakat baru lahir kemudian di Eropah.










                                        sosiologi adalah kajian yang mengenai...




Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.

Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang  melahirkan pelbagai fenomena sosial

Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI

IBNU KHALDUN  ( 1332- 1406 )

  • Lahir di Tunisia.
  • Menurutnya, sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia.
  • Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.
  • Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.
AUGUSTE COMTE  ( 1798-1857 )

  • Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
  • Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan sains lain.
  • Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas (ratu).
  • Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik.

KARL MARX (1818-1883 )
  • Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman.
  • Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
  • Mengkritik  sistem kapitalisme – pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.

EMILE DURKHEIM (1858-1917)
  • Berasal dari Perancis.
  • Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata).
  • Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
  • Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.

MAX WEBER (1864-1960)
  • Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.
  • Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.
  • Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu perkara atau fenomena.
  • Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial.
  • Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

  • Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi sosial di University of Chicago.
  • Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang lain secara langsung melalui simbol-simbol. Simbol boleh terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa.
  • Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting.

Perspektif Sosiologi

  • Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
  • Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelomp



MIKRO                                                                        

  • Penagihan dadah adalah pilihan individu
  • Kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu

MAKRO
  • Kes jenayah
  • Penyakit berjangkit
  • Kualiti kerja dan pengeluaran
  • Pengabaian anak-anaK

Teori Fungsionalisme

  • Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang  mempunyai fungsi tersendiri.
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat.
  • Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
  • Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
  • Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dsb. 
  • Perkembangan individu tidak diutamakan.

Fungsionalisme/konsensus

  • Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan manusia, yang mempunyai beberapa bahagian dengan fungsi-fungsi tersendiri.
  • Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat.
  • aka teori konsensus
  • Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat. 

Teori Konflik

Aliran Karl Marx


  • Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
  • Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. 
  • Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan.
  • Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. 
  • Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan.  merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
  • Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga, dan pendidikan dikenali sebagai superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.
Aliran Weber

  • Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi (pengesahan).
  • Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu kumpulan status/kelas sosial.
Masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan berlakunya perubahan :

                       Marx                                                                              Weber

Masyarakat memerlukan konflik bagi                        Idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat                                           membolehkan berlakunya perubahan

Sosiolisme                                                                  Komunisme



  • Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
  • Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
  • Perkembangan individu tidak diutamakan.

Interaksionisme

Teori Interaksionisme Simbolik


  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
  • Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
  • Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan  hubungan bertambah mesra.
  • Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).
  • Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah.
  • Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan. 
  • Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 

7 prinsip asas interaksionisme

  1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
  2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
  3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
  4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
  5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
  6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
  7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat
Pengertian Pendidikan

Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.

John Dewey – pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu.  Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006)

Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). 

Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu. 
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. 

Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif  sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

Sosiologi Pendidikan 

Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp. 

Struktur Masyarakat di Malaysia


  • Majmuk bangsa
  • Kebebasan beragama tetapi Islam sebagai agama rasmi
  • Gabungan 13 buah negeri
  • Sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
  • Pelbagai upaya
  • Struktur ekonomi?
  • Tenaga pekerja?
  • Pendapatan isi rumah
Struktur masyarakat Malaysia

  • Bentuk institusi pendidikan
  • Kaedah PdP
  • Pentadbiran pendidikan
  • Kurikulum

Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.

Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.

Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.

Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu.

Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila

Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’.

Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan  menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi. 

Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.

Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. 

Negara kita Malaysia mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita. 

Pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. 

Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. 

Setiap individu mempunyai bakat dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. 

Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.


Rujukan

http://memahamisosiologi.blogspot.com/2008/08/apa-itu-ilmu-sosiologi.html

Nota kps3014  Bab 1 Sosiologi dan Pembelajaran





















































































kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...