Friday, 28 December 2018

KPS3014 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN 

JENIS-JENIS BILIK PEMBELAJARAN


BILIK PEMBELAJARAN
  • Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru.
  • Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah. 
  • Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan. 
Jenis-jenis Pembelajaran
  • Bilik darjah tradisi
  • Bilik darjah terbuka
  • Bilik darjah bercantum
  • Bilik darjah pra sekolah
  • Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Bilik darjah multimedia
  • Bilik darjah mata pelajaran khas
Bilik Darjah Tradisi
  • Kerusi dan meja disusun baris demi baris.
  • Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
  • Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan. 
  • Aktiviti melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru. 
Bilik Darjah Terbuka
  • Aktiviti PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak.
  • Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
  • Ujian, peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.
  • Murid-murid bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu. 
Bilik Darjah Bercantum
  • Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka. 
  • Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.
  • Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
  • Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai
Bilik Darjah Prasekolah
  • Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
  • Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
  • Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
  • Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
Bilik Darjah Multimedia
  • Dilengkapi dengan komputer untuk aktiviti PdP.
  • Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
  • Strategi PdP adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
  • Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
  • Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
  • Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan. 

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Saiz Bilik Darjah
  • Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
  • Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
  • Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti. 
Susunan Bilik darjah
  • Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru.
  • Seharusnya memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan. 









Peralatan
  • Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
  • Kerusi dan meja guru
  • Papan hitam/putih
  • Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
  • Rak buku
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pencahayaan dan Pengudaraan
  • Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi.
  • Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
  • Bilik darjah yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid.
  • Situasi ini menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk. 
Ciri Keselamatan
  • Ruang kerja selesa – susun atur perabot
  • Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup
  • Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
  • Sudut pameran/hasil kerja murid
  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan 
  • Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Bilik Darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan.
  • Murid-murid dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan. 
  • Menggalakkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid.
  • Aktiviti murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif. 
  • Murid dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan. 




No comments:

Post a Comment

kps3014 persediaan ke sekolah

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Persediaan ke alam sekolah  Kajian di sekolah  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2 Keperluan peranca...